Sedikit mengenai Pengasas Iwave
Pengasas I (Founder)
Datuk Marzuki Bin Usop merupakan peneraju utama Pengerusi Eksekutif dan juga seorang Pengarah Jurulatih dan Pemasaran. Mempunyai pengalaman dalam pemasaran lebih 9 tahun dan telah merangka pelan pemasaran syarikat selama 5 tahun. Mempunyai kemahiran dalam bidang komunikasi lebih 6tahun.. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.. Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran di salah sebuah syarikat pelancongan selama 2 tahun. Bertanggungjawab merangka dan meneliti pemasaran syarikat supaya terus meningkat serta berdaya saing dalam dunia perniagaan. Pernah di anugerahkan sebagai Usahawan Termuda di Malaysia pada tahun 2008. Kini beliau meneraju bidang komunikasi..
Puan Amarlia binti Ghazali merupakan lulusan dari Universiti Kuala Lumpur (MIIT) dalam bidang multimedia, dilahirkan di Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sek Men Keb Puteri Wilayah Kuala Lumpur.
Anak jati Selangor ini sangat mencintai dunia perniagaan. Pernah bekerja dalam sektor perbankan dan sektor swasta. Berkemahiran dalam strategi pemasaran dan multimedia, pernah mnyertai kursus-kursus profesional dalam bidang perniagaan.
Berusia 28 tahun, ibu kepada 5 cahaya mata kini merupakan peneraju utama syarikat kejuruteraan kimpalan. Berbekalkan pengalaman dalam bidang pemasaran selama 6 tahun dan kini beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan di Creative Adilia yang telah beroperasi selama 3 tahun dalam industri kejuruteraan. Beliau sangat optimis ingin mencapai kejayaan dalam bidang telekomunikasi pula.